widgets

Saturday 26 February 2011

Mengenali Cinta


Dalam soal CINTA, sentiasalah ingat kepada sabda Rasullullah s.a.w;

"Seseorang itu akan dihimpunkan di Mahsyar bersama-sama dengan orang yang dicintainya."

(Bukhari dan Muslim)

 "Ada 3 hal yang barang siapa amalkan, maka dia dapat menemukan manisnya iman. 
Mereka adalah yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi yang lain, 
mencintai yang lain kerana Allah dan tidak suka kembali kepada kekufuran 
(setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana dia takut untuk dilemparkan ke neraka."

(Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)


Jadi apakah itu cinta suci?

Suci boleh ditafsirkan sebagai bersih dan bebas dari segala benda yang kotor. Cinta dapat dibahagikan kepada beberapa jenis dan tingkat.  Yang paling tinggi dan mulia semestinya mahabbatu fillah wa lillah ( cinta kerana Allah dan di dalam agama Allah) iaitu cinta yang membenarkan mencintai apa-apa yang mencintai Allah. Seterusnya CINTA yang terjalin kerana persamaan sikap, falsafah, pegangan hidup, agama dan sebagainya. Jenis yang ketiga adalah cinta yang bermotif: mencintai atas sebab dan maksud yang tertentu.

Jadi adakah CINTA yang ingin di bina itu benar-benar CINTA SUCI?

"Jika benar CINTA, maka tidaklah sekali-kali kita akan membawa pasangan kita ke neraka.
Kita ingin bahagia bukan sahaja di dunia tapi berkekalan hingga ke akhirat.
Hingga ke gerbang syurga."

Cinta itu bukan jenayah dan anda bukan pesalah kalau merasakan cinta. Sememangnya perasaan cinta Allah ciptakan menjadi satu dengan manusia. Manusia yang tanpa cinta jadinya tidak lengkap dan tidak sempurna. Namun haruslah kita memelihara batas-batas di dalam pergaulan agar tidak mengotori CINTA itu.

Jadi perkara utama ialah tingkatkan keilmuan. Dengan ilmu itulah yang bakal menyelamatkan anda dari jurang kecelakaan. Bukan bermakna anda perlu cari ilmu bila sudah jumpa pasangan yang sesuai... mencari ilmu perlu sepanjang kehidupan. Dengan ilmu itulah yang bakal menyelamatkan kita dan pasangan kita dari terhumban ke neraka, gapai redha Allah.

Kalau ingin bercinta yang sebenarnya, selidik latar belakang si dia. Kalau sudah benar-benar suka, buat istikarah. Jika sudah yakin maka jumpa ibu bapanya, buat cara yang Allah redha. Kalau mahu dating, ajak keluarganya sekali... jangan hanya jumpa berdua. Jangan rasa ia menyekat dan merimaskan tapi mengapa kita perlu jaga? Jawapannya kerana perhubungan itu akan mempengaruhi anak-anak kita yang bakal lahir nanti. Kita mahu anak soleh, yang jaga kita di masa tua tetapi adakah itu bakal ternyata kalau benihnya sendiri asalnya sudah busuk?

Belajarlah berkata TIDAK pada cinta yang boleh membawa Allah murka. Kata TIDAK untuk perhubungan yang diharamkan, bergayut di telefon berjam-jam sehingga melekakan, serta angan-angan yang tanpa kesudahan.

Cinta itu bersih, jernih dan putih... jangan kita kotorkannya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...