widgets

Wednesday 22 June 2011

SENYUM UNTUK BAHAGIA






·         Mahu hidup bahagia?Senyum setiap pagi?
·         Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?
·         Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.
Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.

Friday 10 June 2011

Minda: Cara berkesan nasihat anak

ANAK adalah anugerah Allah dan menjadi amanah besar kepada ibu bapa agar membesarkan mereka dalam kehidupan beragama dan berakhlak murni. Tersilap atau cuai dalam memberikan perhatian terhadap pendidikan akan mengundang padah buruk. Banyak contoh kini menggambarkan betapa longgarnya pegangan agama dan akhlak.

Antara pendekatan atau pedagogi terbaik dalam mendidik anak ialah dengan memberi nasihat. Ibu bapa seharusnya tidak bosan dan jemu memberikan nasihat bermanfaat dalam aspek kehidupan bersyariat serta berakhlak. Mungkin kisah berikut dapat menyedarkan kita betapa berkesannya kaedah nasihat untuk menyedarkan anak dalam urusan agama dan akhlak.



Thursday 14 April 2011

My PSM project..(^_^)

"Karaoke Machine Tool"

Akhirnya tanggal 14 April 2011, beban yang ak tanggung selama 1 thun da selesai. Sebab seminar PSM dah habis. (Dlm hati dk rsa mcm da hbis final da pn wlaupn final pn x bt lg). Lpas ni tggal nk buat n jilid report je. Thanks for my fren yg bnyk support ak smpai projek ak ni bley function walau pn x sepenuhnya b'fungsi. Tp lpas ni kalau boleh ak nk sambung lagi bt projek ni. Tp tgk la klau masa mengizinkan dan kalau la ak rajin. Bgs jgk la ak bt projek yg t'smpang jauh dri bidang yg ak study. Bnyk bnda yg ak bley blajar pasal VB. Wlaupn belum sampai lgi la expert thp dewa 2. Mklum la bnda baru nk bt merangkak la skit. Any way i2 je kot yg ak nk post buat msa ni. Nk tulis bnyak2 pn mlas.Anyway thanks lg skali to my fren and panel seminar yg banyak bagi cadangan serta menyokong projek ak ni. Tp ucapan yg x t'hingga ak nk tjukan bt supervisor ak yg m'cdngkan tajuk PSM ni dkt ak. Bley gk blajar bnda bru and boleh d'jadiakan nilai tambah bla nk apply kerja nnt. Tak lupa jgk buat s'sorang 2 yg bnyk support ak sjak dri mula projek ni sampai la hari ni. Orng 2 x bley la nk mention kat sni takut wujud plak gosip2 liar. Orng 2 je akn thu kalau dia ad bca post ak ni.





Sunday 10 April 2011

PROTON OH PROTON!!! (Part 2)

For this post i would like to used English. I hope that u guys understand. Sorry if my English broken. So these are the details that my friend Prem obtain while the visit in Proton.


    ·  We were guided by Mr. Irwan in to the production line
    ·  Follow Toyota system of assembling which is line time accuracy.
    ·    From 1985 they following the same system of operation .now currently they using 5.72 man Hr/unit



PROTON OH PROTON!!! (Part 1)

Pernahkah orng b'tnya dgn anda semua apakah kereta idaman anda?Jka pernah,msti ramai dikalangan kt yg akan menjawab kereta idaman kt adalah kereta2 buatan luar negara seperti BMW, Mercedes Benz, Honda, Toyota dan sebagainya. 

Kalau d'tny kenapa tidak memilih kereta tempatan shj?Msti jwpn yg akn d'beri adalah kereta tempatan nie kualiti nya kureng b'banding kereta luar negara. Sblom ni ada orng pernah b'cerita dgn ak yg sorang mamat jepun yg telah lma m'netap d malaysia memilih tuk pki kereta buatan Malaysia iaitu kereta proton. Pdhal ad kereta jpun yg d'pasarkan d Malaysia ni. Bla d tny knapa dia memilih tuk pki kereta buatan Malaysia  jawapan mamat jpun ni rngkas dan padat dan mgkan akn menyebabkan kt suma "Buka Mata".Jwpan dia sy sdh lma tnggal d Malaysia dan sy memilih kereta buatan malaysia sebab sy b'bngga dengan kereta buatan Malaysia, Malaysia boleh. Kalau sorang mamat jepun pun sanggup pakai kereta buatan Malaysia, knapa tdk kita?Kalau cerita yg ak cerita ni blom cukup untuk mengubah persepsi korang pasal kereta tempatan nih, mngkn cerita ak psal lawatan ke kilang Proton yg baru2 ni member ak pergi,dapat m'ubah persepsi korang suma.(Dalam hati,harap2 la dapat sedikit sbnyk habuan dr pihak proton sbb tolong promosi.Haha..)

Sunday 3 April 2011

Bertemu kembali..


Assalamualaikum..salam ukhuwah. Ini merupakan post sy yg pertama di dalam bulan ini. Da lme x post sesuatu dlm blog ni, rndu btul.Hri ni nk share skit terjemahan ayat dari surah Ash-Syarh:


Sunday 13 March 2011

8G lelaki yg dibenci wanita

10 Cara Memenangi Hati Mertua



1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.


8 JENIS MAKANAN TERBAIK DUNIA...

1.DELIMA

Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99


Cerita Rumah Sewa Berhantu RM50 Di Shah Alam : BENAR atau MITOS?

Rabu, 23 Februari 2011
Serius Shit - Cerita Rumah Sewa Berhantu RM50 Di Shah Alam : BENAR atau MITOS?




Ceritanya agak SHITBIRX

Aku jumpa benda ini di forum LOLYAT a few days ago. I still go there to lurk. Cerita ini sangat panjang so kalau nak baca full silalaj klik untuk berita penuh. Kredit kepada WHITEBALANCE for the original thred di Lowyat. Betul ke cerita ni. Kalau tak betul pun good story telling. Kalau buat filem mesti shitbrix liao.



Pengalaman seorang wanita mula memeluk Islam

BREDA, Belanda (Reuters) – Rabi’a Frank, seorang wanita Belanda yang berumur 31 tahun telah memeluk Islam pada tahun 1994. Nama asalnya ialah Rebecca.

Beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki Muslim yang berasal dari Morocco tetapi dibesarkan di Belanda. Mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki.

Pada tahun 2005 Rabi’a mula memakai Niqab yang menutupi muka. Beliau merupakan salah seorang daripada 50 wanita di Belanda yang berbuat demikian (mengikut anggaran komuniti Muslim Belanda).

Seramai hampir 1 milion Muslim menetap di Belanda. Mereka membentuk 5.4 peratus populasi masyarakat Belanda, negara Eropah kedua tertinggi yang mempunyai penduduk Muslim selepas Perancis.

Peramah dan sungguh bersemangat, itulah yang dapat digambarkan tentang Rabi’a apabila ditemuramah oleh Reuters di rumahnya.

“Saya tertarik dengan Islam sewaktu muda… apabila anda muda tiada apa yang pelik, semua kita nak kenal dan cuba . Teman lelaki saya berbangsa Morocco . Pada mulanya saya hanya nak mendalami budaya dan adat resam dia. Saya merujuk buku-buku tentang Morocco di perpustakaan dan dari situ saya terbaca tentang Islam. Saya baca senyap-senyap sebab tak nak teman lelaki saya fikir yang saya buat semua tu kerana dia.



Kisah dan Teladan



01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.

Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.

Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.

Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.

Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.


Fakta menarik

1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

6. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

7. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

8. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.



12 perkara punca kerosakan otak

1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi 
Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan. 

2. Terlalu banyak makan 
Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental. 

3. Merokok 
Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer. 

4. Pengambilan gula yang tinggi 
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak. 

5. Pencemaran udara 
Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. 



10 tempat yang x s'suai d'knjngi

10. Great Pacific Garbage Patch


Great Pacific Garbage Patch, atau yang disebut sebagai Vortex Sampah Pasifik, merupakan kumpulan sampah laut di tengah lautan Pasifik Utara. gabungan sampah laut ini dipenuhi dengan bahan beracun yang sangat tinggi dari plastik, kimia lumpur, dan sampah yang telah terperangkap oleh arus Pasifik Utara. Sebahagian besar isinya tenggelam di bawah permukaan laut. Ini bukan tempat untuk dikunjungi oleh manusia . Baunya tak yah cite laa. 

9. Pulau Izu

Terletak di wilayah Jepon. Pulau ini udaranya dipenuhi gas sulfur tahap tertinggi di dunia. Tapi masih ada yang tinggal disana.Orang-orang di pulau ini kehidupan harian harus memakai topeng.


Ketika malam, siren akan berbunyi kerana kandungan gas sulfur akan meningkat lebih tinggi lagi sehingga jika terhidu boleh membawa maut. Orang-orang disana menghabiskan hidupnya dengan penuh berhati - hati.


mereka juga dibayar oleh para pengkaji.. Mereka dibayar kerana pengkaji ingin tahu bagaimana manusia hidup dengan topeng di udara penuh sulfur. Satu lagi yang menarik. Di pulau ini juga ada gunung berapi yang menghasilkan gempa sangat dahsyat. Bagaimana..?? berniat dibayar oleh para pengkaji dan tinggal di Pulau Izu…?? 

8. The Door to Hell

Semasa melakukan penggalian di Derweze Turkmenistan pada tahun 1971, ahli geologi tidak sengaja menemui sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan gas semulajadi. Untuk menghindari pembuangan gas beracun, para ilmuwan memutuskan untuk membakar lubang tersebut. Geology berharap api akan padam dalam beberapa hari tetapi api tetap tidak berhenti sejak itu. Penduduk setempat telah menamakan tempat ini gua Pintu ke Neraka. 

7.Alnwick Poison Garden

Alnwick Garden adalah kebun tanaman yang sepenuhnya diisi oleh tumbuhan beracun yang dapat membunuh. Banyak tanaman itu yang tumbuh kerana experimen pelik dan mengerikan di belakang kebun, beberapa tumbuhan tumbuh di kampung Inggris yang terpencil, serta banyak lagi kelainan yang tidak boleh terlihat di luar. The Alnwick Garden memiliki lesen Home Office untuk menanam tanaman yang sangat khusus dan secara sah iaitu, ganja dan kokain yang terdapat di sebalik jeriji besi di kandang raksasa dengan alasan yang tertentu (agar tidak dpt memetiknya oleh orang yang tiada kebenaran ).

6. Asbestos Mine

Asbestos adalah serangkai enam silikat mineral alami yang sangat terkenal serasi dengan api dan ketahanan terhadap kemampuan penyerapan suara. Di sisi negatifnya, mineral ini menyebabkan Kanser dan berbagai penyakit lain. Hal ini sangat berbahaya sampai Uni Eropa telah melarang semua perlombongan dan penggunaan Asbestos di Eropah. Di Kanada di Thetford Mines, Anda dapat mengunjungi lubang Asbestos yang sangat besar di lombong terbuka yang masih beroperasi penuh. Tiket percuma jika Anda ingin mengunjungi, jangan lupa lengkapi tubuh anda dengan baju bio-hazard lengkap.

5.Pulau Ramree

Pulau Ramree di Burma adalah sebuah kawasan besar yang merupakan rumah bagi sekitar 1000 buaya air masin, yang paling bahaya di dunia. Juga rumah bagi nyamuk malaria, dan kalajengking berbisa. Semasa Perang Dunia Kedua, pulau ini adalah lokasi pertempuran selama enam minggu. Ini adalah gambaran tentang salah satu malam yang mengerikan: “Malam itu [ 19 Februari 1945] adalah malam paling mengerikan yang pernah dialami oleh anggota kru perang. Tembakan senapang yang di serata tempat di kawasan yang gelap gulita berganti dengan jeritan orang yang hancur di rahang reptilia raksasa, dan bunyi buaya yang sedang berenang mencari mangsa . Dari sekitar 1.000 tentera Jepon yang memasuki kawasan Ramree, hanya sekitar 20 yang ditemui hidup. “

4.Jalan Yungas

Jalan Yungas Utara adalah jalan sepanjang 69 km yang menghubungkan antara La Paz dan Coroico. Jalan ini terkenal kerana dikira telah memgorbankan sekitar 200-300 pelancong setiap tahun. Ini adalah salah satu dari beberapa laluan yang menghubungkan daerah hutan hujan tropika Amazon, ke ibukota provinsi. Yang membuat jalan ini ekstrim adalah posisi jalan yang terletak 600 meter dari daratan, lebar laluan yang sangat sempit untuk dilalui – sebahagian besar jalan lebarnya kira dari 3,2 meter dan kurangnya penghadang jalan ditambah dengan hujan, kabus dan debu boleh membuat pelawat berkurang. Di kebanyakan bahagian, permukaan jalan berlumpur.

3.Gunung berapi lumpur di Azerbaijan

Gunung berapi lumpur di Ajerbaizan ini tidak sama seperti gunung berapi biasa. Setiap dua puluh tahun atau lebih, gunung lumpur meledak dengan kekuatan besar, menembak api ratusan meter ke angkasa , dan menumpahkan beberapa ton lumpur di daerah sekitarnya. Dalam satu ledakan, api dengan mudah boleh dilihat dari 15 kilometer jauhnya, dan masih menyala.

2.The Zone of Aleniation

Saper pernah main game CALL OF DUTY mst kenal gmbr ni
Zona terasing daerah terpencil yang terletak sekitar 19 km dari lokasi bencana reaktor nuklear Chernobyl dan memiliki pentadbiran khusus di bawah jabatan yang menangani situasi darurat di Ukraina. Ribuan warga menolak untuk berpindah dari zone terasing ini dan secara haram kembali ke sana. Sekitar setengah dari pendatang haram ini tinggal di kota Chernobyl yang lainnya bersepah di desa-desa di seluruh zone. Kerana di tempat ini banyak polisi yang agresif – jadi berhati-hatilah, jika Anda datang ke sini. Anda mungkin akan mati ditembak atau terkena radiasi nuklear. Info terbaru sekarang tempat ini sudah boleh di kunjungi kerana tahap radioaktifnye tidak merbahaya dan sama seperti hiroshima dan nagasaki jepon. 

1.Pulau Ular

Di pantai Brazil, sebelah selatan São Paulo, ada sebuah pulau yang bernama Ilha de Queimada Grande (Pulau Ular). Pulau ini tidak tersentuh oleh manusia dengan alasan yang sangat baik. Para pengkaji memperkirakan bahwa di pulau itu hidup antara 1 – 5 ular setiap meter persegi. Angka itu mungkin tidak begitu mengerikan jika ular itu katakanlah 2 inci panjangnya dan tidak berbisa. Masalahnya, Ular di Queimada Grande adalah spesies pit viper, lancehead emas. Ular lancehead bertanggung jawab atas 90% kematian di Brazil yang berasal dari gigitan ular. lebih Parah lagi, Lancehead emas yang didapati di Pulau Ular membesar hingga lebih dari setengah meter panjangnya, dan mereka memiliki racun yang kuat yang dapat mencairkan daging di sekitar gigitan mereka. Tempat ini begitu berbahaya hingga perlu keizinan dari pemerintahan setempat untuk mengunjungi pulau ini.

Friday 11 March 2011

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm




Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Thursday 10 March 2011

Keranda buat ayah

Di suatu ceruk kampung, tinggal seorang tua bersama keluarga anak lelakinya. Si ayah tua ini tidak nyanyuk walaupun sudah tua. Cuma kudrat tuanya tidak lagi mengizinkan ia bekerja seperti dulu. Ketika muda dahulu, si ayah yang tua ini tanpa mengira lelah, membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan kebun, demi sesuap nasi untuk keluarganya.

Itu dulu.

Kini ia sudah berumur 97 tahun. Isterinya sudah meninggal 25 tahun yang lalu. Sejak 15 tahun lepas, ia tidak lagi bekerja. Ia hanya duduk di pangkin di luar rumah, memerhati satu-satunya anak lelaki bekerja di sawah. Di situlah tempatnya melalui hari-hari, merindui kudrat lama, merindui arwah isterinya, merindui masa-masa lalu ketika anaknya masih kecil..

Tanda2..

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. 

Personaliti ku b'dasarkan analisa app d fb..(^_^)


Tgk boley tp p'cya jangan.Sesungguhnya hanya allah sahaja yang mengetahui sifat s'orng manusia i2

Keistimewaan Wanita dalam Islam

1. Doa seorang isteri yang taat memiliki kekuatan 70 wali.

2. Isteri yang membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 kali khatam Al Qur’an.

3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do’a suami yang memakan masakannya menjadi do’a yang diijabah.

4. Wanita yang menjaga shalat, puasa dan taat pada suami, Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang ia kehendaki.

5. Isteri yang kelelahan bangun malam kerana anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur.

6. Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap titisan susunya akan diberi pahala satu kebaikan. Dan jika tidak dapat tidur semalam suntuk karena anaknya, maka baginya pahala seperti memerdekakan 70 hamba sahaya di jalan Allah dengan penuh keikhlashan.

7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama. Isteri dalam keridhaan suami.

Wednesday 9 March 2011

Entertainment

Educated klah manusia..=)

Penyakit Bonggol Perempuan

Macam-macam skill orang nak merosakkan Islam. Lepas satu, satu syubhah diselit masuk supaya amalan umat Islam jadi keruh dan rosak. Sebelum ni kecoh dengar pasal ‘tudung rahib’ yang melekat di leher macam batu nisan berjalan. Sekarang dah muncul pula syubhah yang baru- fesyen bonggol unta. Rasanya gaya ni dah lama muncul cuma baru-baru ni dihebahkan semula dengan lebih giat. Lebih mengejutkan bila sanggul palsu diiklankan dalam media sebagai aksesori untuk muslimah bertudung! Sebelum ni bukan tak biasa tengok sanggul palsu di kedai dua ringgit, tapi kalau sampai diiklan ke majalah dan akhbar, rasanya sanggul-sanggul ni dah bertambah fungsi.



Makin membimbangkan bila gaya ni turut dipopularkan oleh TV. Umat Islam sangat bersyukur bila TV-TV dapat hidayah nak ambil pengacara bertudung. Dari siaran berita ke bual-bicara, alhamdulillah sejuk hati memandang muslimah-muslimah cun berbalut hijab. Tapi tak sampai lima tahun cara hidup yang indah ni mula dicemari anasir tersembunyi. Pengacara yang lawa2 ni tetiba tumbuh biji di kepala. Rupa masing-masing dah xmacam pakai tudung, tapi macam pakai topi pari-pari dalam citer fairytale yang ada kain terjulur di belakangnya.

Tuesday 8 March 2011

Bergurau..


"Janganlah marah, gurau pun tak boleh?"

Begitulah kata-kata yang sering kita dengar apabila seseorang itu mengeluh selepas menjadi mangsa gurauan berlebihan dari kawan sendiri. Sebenarnya, tidak salah untuk kita bergurau atau berjenaka dengan kawan-kawan kita, tapi perlulah berpada-pada. 

Bergurau boleh dikatakan perbuatan kelakar melalui perbuatan, kata-kata dan sebagainya. Ia boleh mengembirakan atau dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda. Menurut pandangan Islam, perbuatan yang boleh membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda. 


Lelaki yang dijanjikan syurga


Pada suatu malam Nabi s.a.w telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah.Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip begitu rapi.

“ Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calaon penghuni syurga” kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu.

“Lelaki ini adalah calon penghuni syurga” kata Nabi s.a.w kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak. Antara sahabat yang hadir pada malam itu Anas bin Malik dam Abdullah bin Umar.Mereka begitu tertarik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri mengapa lelaki itu ditunjukkan. Dan apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia wafat dia telah dipastikan akan masuk syurga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...