widgets

Sunday 3 April 2011

Bertemu kembali..


Assalamualaikum..salam ukhuwah. Ini merupakan post sy yg pertama di dalam bulan ini. Da lme x post sesuatu dlm blog ni, rndu btul.Hri ni nk share skit terjemahan ayat dari surah Ash-Syarh:




[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? 
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - 
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? 
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? 
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, 
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), 
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). 

(Surah Ash-Syarh)
Ap yang nk di highlight kan di sini adalah "sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" , "Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)" dan akhir sekali "Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)". 

Dalam ayat ini ditegaskan kpd kt agar tidak mudah b'putus asa.
Maka kt sbgai umat islam yg sentiasa b'iman k'pada allah dan kitab nya hndak lah percaya akan janji2 allah. Dan s'sungguhnya mati itu adalah benar dan hri akhirat itu juga adalah benar. Setiap ujian yg d'turunkan allah itu adalah s'kadar m'nguji ketaqwaan umatnya. Dan ingatlah bahawa allah itu maha pemurah lagi maha m'ngasihani. DIA tidak akan prnh m'duga kt dgn satu perkara yang kt sndri tidak akan dapat tnggung. Dan ingatlah allah k'tika kamu susah atau senang. Dan mohon la k'padanya setiap p'kara yang kamu ingini. Sesungguh nya hanya k'pada allah tmpat kt m'minta pertolongan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...