widgets

Saturday 26 February 2011

Mengenali Cinta


Dalam soal CINTA, sentiasalah ingat kepada sabda Rasullullah s.a.w;

"Seseorang itu akan dihimpunkan di Mahsyar bersama-sama dengan orang yang dicintainya."

(Bukhari dan Muslim)

 "Ada 3 hal yang barang siapa amalkan, maka dia dapat menemukan manisnya iman. 
Mereka adalah yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi yang lain, 
mencintai yang lain kerana Allah dan tidak suka kembali kepada kekufuran 
(setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana dia takut untuk dilemparkan ke neraka."

(Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)


Jadi apakah itu cinta suci?

Suci boleh ditafsirkan sebagai bersih dan bebas dari segala benda yang kotor. Cinta dapat dibahagikan kepada beberapa jenis dan tingkat.  Yang paling tinggi dan mulia semestinya mahabbatu fillah wa lillah ( cinta kerana Allah dan di dalam agama Allah) iaitu cinta yang membenarkan mencintai apa-apa yang mencintai Allah. Seterusnya CINTA yang terjalin kerana persamaan sikap, falsafah, pegangan hidup, agama dan sebagainya. Jenis yang ketiga adalah cinta yang bermotif: mencintai atas sebab dan maksud yang tertentu.

Jadi adakah CINTA yang ingin di bina itu benar-benar CINTA SUCI?

"Jika benar CINTA, maka tidaklah sekali-kali kita akan membawa pasangan kita ke neraka.
Kita ingin bahagia bukan sahaja di dunia tapi berkekalan hingga ke akhirat.
Hingga ke gerbang syurga."

Cinta itu bukan jenayah dan anda bukan pesalah kalau merasakan cinta. Sememangnya perasaan cinta Allah ciptakan menjadi satu dengan manusia. Manusia yang tanpa cinta jadinya tidak lengkap dan tidak sempurna. Namun haruslah kita memelihara batas-batas di dalam pergaulan agar tidak mengotori CINTA itu.

Jadi perkara utama ialah tingkatkan keilmuan. Dengan ilmu itulah yang bakal menyelamatkan anda dari jurang kecelakaan. Bukan bermakna anda perlu cari ilmu bila sudah jumpa pasangan yang sesuai... mencari ilmu perlu sepanjang kehidupan. Dengan ilmu itulah yang bakal menyelamatkan kita dan pasangan kita dari terhumban ke neraka, gapai redha Allah.

Kalau ingin bercinta yang sebenarnya, selidik latar belakang si dia. Kalau sudah benar-benar suka, buat istikarah. Jika sudah yakin maka jumpa ibu bapanya, buat cara yang Allah redha. Kalau mahu dating, ajak keluarganya sekali... jangan hanya jumpa berdua. Jangan rasa ia menyekat dan merimaskan tapi mengapa kita perlu jaga? Jawapannya kerana perhubungan itu akan mempengaruhi anak-anak kita yang bakal lahir nanti. Kita mahu anak soleh, yang jaga kita di masa tua tetapi adakah itu bakal ternyata kalau benihnya sendiri asalnya sudah busuk?

Belajarlah berkata TIDAK pada cinta yang boleh membawa Allah murka. Kata TIDAK untuk perhubungan yang diharamkan, bergayut di telefon berjam-jam sehingga melekakan, serta angan-angan yang tanpa kesudahan.

Cinta itu bersih, jernih dan putih... jangan kita kotorkannya.

Friday 25 February 2011

Antara Cinta & Persahabatan

&



"antara Cinta dan Persahabatan.. 
andai ku diberi pilihan untuk memilih di antara keduanya 
akan ku pilih kedua-dua nya.. 
kerna bagi ku ia sama beerti dan bernilai dalam hidup ku.." 

Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik karena dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.Pada suatu hari, Persahabatan mula berpikir bahwa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.

"Seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku".  Sejak hari itu, Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.

Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mulai bergaul rapat dengan Kecewa, Putus asa, Kemarahan dan Kebencian.

Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai.Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mulai memuakkan.Persahabatan menyadari bahwa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahwa Persahabatan sedang dalam kedukaan.

Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluapkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta.
Dipendekkan cerita, Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada pribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.


Moral:
Mampukah Persahabatan tanpa Cinta?
Mampukah Cinta tanpa Persahabatan?
Sering kali ditemui banyak orang yang coba memisahkan Persahabatan dan Cinta karena mereka berfikir, ?Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!?. Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara seorang lelaki dan wanita.

Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, di mana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah. Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda.

Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perusak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan. Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.

Buat teman-teman yang sedang mengalami guncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! Tetapi cobalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta karena cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.

Buat teman-teman yang belum mengerti arti Persahabatan, cobalah memulai sebuah persahabatan. Dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.


Buat teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan. Renungkanlah;?
Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar??
Dan cubalah memahamii persahabatan buat hidupmu. Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan.

Wednesday 23 February 2011

"Bunga" Yang Cantik Jarang Harum


Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab  dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan  kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi,  cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu  Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh,  Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza.

Di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita?
Adakah pada wajah,  pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya?

Kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah  itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat,  kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik  lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Jadi apakah kecantikan wanita yang dimaksudkan dalam islam?
Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah  kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. 
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya?
Kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa

Tuesday 22 February 2011

bersyukur sebab 'TAK CANTIK'


Kerana saya tidak cantik.. 
saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.


Paling penting, kerana saya tak cantik..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Monday 21 February 2011

Majlis Gotong Royong (Angkasa Nuri)=p

Majlis yang berlangsung di rmh k'diaman di Taman Angkasa Nuri Melaka
Da msk ke blom?

Jagung Bakar2!!Panas2..
Yg mna 1 ak nk amik ni?

Panas la plak.Sdp plak dk kna kipas.

Main Nyorok2

Bubuh bang bubuh

Mencari populiriti 1

Mencari populiriti 2

Cpat skit t'bakaq arang 2

Mencari populiriti 3

Bosan dk tggu

Mencari populiriti 4
Mencari populiriti 1


Hasil berpanas dan berembun 1

Hasil berpanas dan berembun 1

Cinta dan Jodoh



- Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..


- Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

- Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

- Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. 

-  Jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.

- Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia

- Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Cerita Hantu..(Seram..)

Tersebutlah kisah dua orang hantu.
Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun
berborakla untuk mengisi masa lapang
kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni
tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu
A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku
mati dalam peti ais...sejuk! !" Jawab
Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian. .. aku dulu mati sebab
heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye?
Apsal ko tak gi buat operation? Kalau
tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan
family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase
aku mati tu, aku in recovery. Panjang
ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil- sambil lepak
nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu
tiga ngan aku. So this one day, aku
ingat nak perangkap la isteri aku..Aku
pura-pura gi keje tapi actually aku
park keta aku kat simpang hujung umah
aku je. Seperti yang aku syak, masuk
sebuah keta kat carpark umah aku. Aku
rilex dulu sebab nak carik mase sesuai
tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?"
tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat
dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
masuk umah tu, aku nampak ade kasut
laki kat pintu umah aku. Aku tanye
isteri aku tapi die takmo jawab. So
aku pun lari-lari sekeliling umah aku
nak carik jantan tuh. Abis sume bilik
aku carik tapi takde pun.. Last-last,
sebab aku penat sangat berlari carik
jantan tuh, aku pun jatuh pengsan
sebab heart attack. And aku tak sangka
aku mati lak..." kata Hantu A
mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita
Hantu A. Selepas beberapa ketika,
Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti
sejuk? Kalau kau check kat situ, sure
kita berdua still hidup lagi

Sunday 20 February 2011

Sibuk sangatkah kita??

Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  • Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :
  • Kerja
  • Keluarga (isteri dan anak-anak)
  • Melangsaikan hutang
  • Main facebook, nengok Youtube
  • Dan lain-lain.

Kisah Rumput

Pada suatu pagi di satu sekolah
menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang
mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan
sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi
begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana
juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu
ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat
apa yang saya suruh. Ikut je
ye...mungkin kamu akan dapat apa
jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya
harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di
situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada
di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan
buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula
ke kelas, tiada pun rumput yang berada
di tangannya. Maka cikgu pun bertanya
kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh
petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di
atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya
carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi
cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang , saya tak
jumpa pun yang paling cantik. Mungkin
ada di antara yang di belakang saya
sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
boleh menoleh ke belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana
yang berlaku tetap dah berlaku. Dan
semoga yang berlalu tidak lagi
berulang. Jika kita berselisih faham
dengan orang yang kita sayang itu,
kita boleh perbetulkan keadaan dan
cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah
orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik
seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh
diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah
orang yang berada di depan kita dengan
tulus dan ikhlas..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...