widgets

Wednesday 23 February 2011

"Bunga" Yang Cantik Jarang Harum


Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab  dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan  kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi,  cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu  Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh,  Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza.

Di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita?
Adakah pada wajah,  pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya?

Kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah  itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat,  kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik  lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Jadi apakah kecantikan wanita yang dimaksudkan dalam islam?
Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah  kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. 
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya?
Kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa

1 comment:

  1. ~love this post..wanita harus di nilai dgn mata hati..klu pada luaran jer sume2 xkn kekal..so kepada lelaki..tepuk dada tanya iman..<<@)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...