widgets

Tuesday 22 February 2011

bersyukur sebab 'TAK CANTIK'


Kerana saya tidak cantik.. 
saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.


Paling penting, kerana saya tak cantik..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

1 comment:

  1. ~xda nilai yg tepat bg 'cantik'..masyaAllah..byknya anugerah n rahmat Allah yg xprnah kita fikir dgn apa yg Dia bg...sesungguhnya Dia lebih mengetahui yg terbaik untuk hambanya....<<@)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...